About my lifestyle include parenting session. Also include working life and my family activity...

Breaking

Wednesday 1 April 2015

Semakan Keputusan Permohonan Projek Perumahan PPA1M

Assalamualaikum w.b.t Dan Salam Sejahtera

Keputusan Permohonan Rumah PPA1M 2015 Telah dikeluarkan dan Majlis Perlancaran serta  Sesi Pegundian akan diadakan 

Pihak Kementerian Wilayah telah mengeluarkan makluman awal bagi keputusan 1536 Permohonan yang berjaya bagi Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M). Permohonan fasa pertama ini ditutup pada 28 Februari 2015 lalu. Bagi pemohon yang masih tidak berjaya, pihak Kementerian Wilayah akan menyimpan Permohonan anda selama Dua (2) Tahun untuk tapisan Projek berikutnya. 

Semakan Keputusan Permohonan Projek Perumahan PPA1M
Rumah PPA1M, Bukit Jalil
Pemohon boleh membuat semakan keputusan Permohonan Projek Perumahan Penjawat Awam (PPA1M) di Bukit Jalil. Semak Keputusan

Pemohon yang berjaya dikehendaki hadir sendiri bagi mendapatkan surat MAKLUMAN keputusan di Unit RUMAWIP dan PPA1M, Aras 5, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya tidak lewat daripada 2 April 2015 (Khamis) dengan membawa dokumen-dokumen berikut: 

i. Kad Pengenalan asal 
 iii. Salinan Surat Pengesahan Jawatan

Pemohon yang berjaya  dikehendaki hadir ke Majlis Pelancaran dan SesiPengundian PPA1M Bukit Jalil yang akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri seperti ketetapan berikut:- 

Tarikh : 8 April 2015 (Rabu) 
Masa Pendaftaran : 2.30 petang 
Tempat : Tapak Projek PPA1M Bukit Jalil 

Semakan Keputusan Permohonan Projek Perumahan PPA1M
Zon Parkir Majlis Pelancaran dan Sesi Pegundian

Parkir : Parkir Zon B dan C Stadium Nasional Bukit Jalil Kemudahan pengangkutan : Shuttle Bus disediakan dari parkir Zon B dan C Stadium Nasional Bukit Jalil ke tapak pelancaran : Pemohon juga digalak menggunakan perkhidmatan LRT

Jika ingin berhubung dengan pegawai untuk maklumat lanjut mengenai PPA1M ini boleh hubungi:
Cik Nurul Syahirah Binti Abu Bakar
Telefon: 03-88897805
Emel: ppa1m@kwp.gov.my

TQ

6 comments: